Thursday, 31 January 2013

TUDUNG ALA SITI NURHALIZA (Kawan Nyah)

 Layan pulak tudung ala Siti Nurhaliza ni ye, tapi sekarang dia dah pakai tudung litup kan.. So sweet.. Orait, macam crumble sikit kot design ni, tapi tak sarat sangat la rasanye.. Just nice. Heheh. Kat depan tudung pulak customer request manik yang besar, so saya letakkan 4 ketul manik di situ.. Kelilingnya pulak dijahit manik bentuk daun dan bulat berselang-seli. Alhamdulillah, customer suka.. ;)






SULAMAN MANIK KEBAYA

Sulaman manik kebaya (Cik Malis)

Sulaman manik untuk kebaya pulak.. Just touch-up sikit-sikit je kat bahagian badan sebab memang dah siap ada sequin dah. So, hanya tambahkan dengan kristal bulat dan jejari manik pearl je. Kat lengan pulak just ikut corak sulamannya..



Tadaaa!!! Siap! Tapi gambar gelap la sebab ambil gambar waktu malam, maka kurang pencahayaan di situ.. Hehe..

 Ha.. ni cerah sikit kan.. Ni kat bahagian lengan pulak ye.


MEKAR MERIMBUN

 Mekar Merimbun (Cik Malis)

Sulaman manik pada leher baju dan hujung lengan. Siap sudah.. Terjaga pukul 2.30 pagi, anak nak susu. Pastu rasa segar pulak mata dan mood memanik pun datang dengan tiba-tiba, maka menjahitlah teman. Alhamdulillah, pukul 4.30 pagi siap. Orang lain bangun tahajud, aku memanik.. Boleh?




 





Tuesday, 22 January 2013

DAH BOLEH MENJAHIT BALIK DAH..


Hai semua.. Lama betul tak update blog, ye la apa nak di updatekan... Tengok manik pun pening, belum lagi nak menjahit. Mau muntah agaknye.. Macam mana agaknye beaders kat luar sana yang pregnant ye? Adakah mengalami masalah yang sama? Bila berisi je terus tak boleh nak menjahit dah. Ada apa-apa petua tak supaya tak alah dengan manik masa tengah pregnant. Hehe. Macam-macam ragam..

Apa-apa pun, sekarang dah ok dah... Alhamdulillah, dah boleh menjahit balik dah.. Yes!Yes! Macam tak percaya je. Sesiapa yang nak tempah sulam manik dah boleh tempah dah, tapi tempahan diambil sehingga 28 Feb 2013 ni sahaja, sebab due awal bulan April.. So, nak berehat2 sementara menunggu hari.. Lagi pun takut bersalin awal macam sebelum ni. In sha Allah, doakan yang baik2 sahaja hendaknya. Semoga dipermudahkan segala-galanya. Amin..

P/s: In sha Allah, lepas pantang baru ambil tempahan semula. Macam mengada je kan, kejap ambil kejap tak.. Hehe. Apo nak buek...